Sabtu, Ogos 13, 2016

Blurb Preview; Encik Bos Cik Pa



"Siapa cakap awak akan pegang position tu lagi? Kan saya dah cakap tadi, awak tak layak untuk position itu.”


“Habis tu?” Ash merenung wajah gadis di hadapannya itu dalam-dalam. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat perubahan pada wajah gadis itu apabila diberitahu jawatan yang akan disandang oleh gadis itu.


“Pembantu peribadi saya.” Disebabkan insiden yang berlaku di kampung Jun yakin bahawa lelaki bernama Ash itu mahu membalas dendam kepadanya. Jadi pembantu peribadi lelaki itu? Huh! Dia lebih rela jadi tukang cuci daripada menjadi PA lelaki itu. Namun, atas desakan hidup, akhirnya dia terpaksa akur dengan jawatan yang ditawarkan itu. Maka bermulalah episod mimpi ngeri seorang Jun. “Ada ke patut aku pulak yang kena buat air untuk dia. Ingat aku ni tukang gaji dia ke? Tak pun bini dia? Huh.”


“Dah tu memang kerja you. You kan pembantu peribadi dia.”


“Ya ke? Habis tu kalau dia suruh I gosok baju kerja dia, I kena buat jugak ke?”


“Yang tu kalau you jadi bini dia.” Jadi bini mamat tu? Eeee, tak ingin langsung. Namun, walaupun mulut kata tak mahu, tapi kalau hati sudah suka, tiada siapa pun mampu menghalang. Di saat Ash dan Jun mula mahu mengecapi rasa bahagia, muncul pula pelbagai konflik yang cuba mengganggu kehidupan mereka. 


Bagaimana penerimaan Jun apabila mengetahui Suraya, teman baiknya turut jatuh hati kepada Ash? Mampukah Prof Adlan menggantikan tempat Ash di hati Jun? Dan Elena, tegarkah bekas kekasih Ash itu hanya melihat Jun dan Ash menyulam bahagia di hadapan matanya?