Sabtu, Ogos 06, 2016

Blurb Preview; Cik Mar. Gi. Na



Cik Mar-Gi-Na Kassim Baba!

Tak suka la Margina bila dipanggil dengan nama tersebut. Har anak Pak Ngah ingat, ini cerita filem P.Ramlee? Jadi bila usul hendak menjodohkan dirinya dengan sepupu tirinya itu datang, Margina putuskan menolak lamaran tersebut.

“You tunggu lamaran siapa sebenarnya, Cik Mar-Gi-Na? Kassim Baba? Atau Ali Baba?” - Har anak Pak Ngah.

“I tunggu lamaran ketua 39 penyamun.” - Margina.

Gigih Margina membina perisai menangkis serangan jodoh tersebut. Namun bila sebab sebenar Margina dilamar terbongkar, Margina relakan juga dirinya disunting.

“Lamaran Har hari tu masih sah atau dah luput?” - Margina

“Lamaran I tak pernah ada tarikh luput. Tak ada bahan pengawet dan pewarna. Lamaran I asli.” - Har anak Pak Ngah

Jawapan poyo! Margina membayangkan hidupnya pasti poyo selepas ini. Mana tahu Har anak Pak Ngah mengajarnya makna cemburu.

“Margina mogok masak sebab cemburu. Jadi malam ni cuma ada ikan masin dengan sup sayur.” - Margina

“Margina cemburukan siapa?” - Har anak Pak Ngah

“Lia. Tengahari tadi Har habiskan masa lama dengan Lia.” - Margina

Belum selesai isu Lia, muncul pula Aisya. Aisya janda berhias, merangkap bekas calon isteri Har anak Pak Ngah suatu ketika dahulu.

“Aisya tak terfikir nak kahwin semula?” - Har anak Pak Ngah

“Hasrat tu ada, tapi mesti Har yang jadi calon suami Aisya.” - Aisya.

Margina nak jadi wonder woman! Sekali Margina hembus, Lia dengan Aisya hilang terus dari radar hidup Har anak Pak Ngah.

Oh, Margina lupa. Margina cuma marhaen tanpa kuasa sakti. Sepuluh kali hembus pun, Lia dan Aisya tak bergerak. Kalau sudah begitu, bagaimana lagi Margina mahu bertahan? Lebih-lebih lagi Har anak Pak Ngah itu, hatinya sulit dan persendirian. Doakan bendera putih Margina tak sempat berkibar. Amin!