Isnin, Ogos 29, 2016

Berdebar Tunggu Tarikh Nikah; Saharul Ridzwan Dilantik Jadi Duta Saluran Tonton




Pelakon Saharul Ridzwan berkata, debaran untuk memastikan majlis perkahwinannya bersama pengusaha butik pakaian muslimah, Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, berjalan lancar dan sempurna melebihi debaran menghadapi majlis akad nikahnya pada 16 Sepetember depan.

Saharul, 27,  berkata, biarpun persiapan hari bersejarahnya itu sudak hampir 90 peratus disempurnakan, namun ia tidak bermakna dia boleh berasa selesa sebaliknya  membuatkan dirinya tidak boleh tidur lena memikirkan perkara tersebut.

“Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah.

“InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak,” katanya kepada mStar Online.