Isnin, Ogos 29, 2016

Bekas MB Selangor, Khir Toyo Kahwin Lagi!



Bekas menteri besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan seorang anak. Pasangan itu turut mempunyai lima anak angkat. - Bernama