Jumaat, Ogos 19, 2016

Azizulhasni Mahu Bersemuka MB Terengganu!



Jaguh sukan berbasikal negara, Azizulhasni Awang akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dalam masa terdekat. 

Ia bagi menyelesaikan isu berkenaan dakwaan anak Dungun, Terengganu itu bahawa kerajaan negeri terbabit tidak menunaikan permintaannya mendapatkan sebuah basikal untuk persediaan Sukan Olimpik Rio. 

Malah, Azizulhasni juga tidak mahu memperbesarkan isu terbabit dengan menganggap ia hanya salah faham antara kedua-dua pihak. 

"Buat masa sekarang saya tidak mahu komen lebih, saya percaya Menteri Besar seorang yang prihatin. 

"Saya rasa ia mungkin salah faham atau terlepas pandang tapi bagi masa untuk saya dan dia duduk bersama," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.