Isnin, Ogos 29, 2016

Along (Cham) Dan Zila (AF4) Cerai Talak Satu




Pelakon dan pelawak Along (Cham) melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, penyanyi Zila (AF4), kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin.

Lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini.


Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.


Bekas peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.



Hak penjagaan kekal Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun diberikan kepada Along dan Zila diberi hak lawatan selama dua hari dalam sebulan.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010.

1 Komentar:

Write Komentar