Jumaat, Ogos 19, 2016

Akim Ahmad Kongsi Berita Kehamilan Stacy



Penyanyi Akim Ahmad yang menggunakan laman sosial Instagram bagi mendedikasikan ucapan hari lahir buat isterinya yang tercinta, Stacy turut menyatakan berita gembira kehamilan Stacy.

“Selamat ulang tahun kepada isteriku yang tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya. Semoga di hari ulang tahun isteriku ini anak dalam kandungan baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah di dunia ini,” luah Akim di Instagram.