Selasa, Ogos 16, 2016

Akhirnya Ratu Rock Negara, Ella Berhijab!



Melihat Ratu Rock negara dalam penampilan berhjab bukanlah perkara yang baharu. Sejak Jojie, saudara kepada Ella mula berhijrah, penyanyi yang terkenal dengan gaya sempoi ini juga ada masanya dilihat dengan bertudung, biasanya dalam satu dua gambar yang dimuat naik dalam laman sosial instagram.

Terkini, Ella mengakui sudah membuat keputusan untuk berhijab sejak Ramadan lalu. Ella berkata sudah sampai masanya dalam kehidupa untuk berubah ke arah yang lebih baik.Berikutan dengan perubahan itu juga, Ella memberitahu beliau berasa lebih tenang dan yakin dengan imej baru itu.

Tahniah diucapkan kepada Ella atas keputusan yang diambil. Buat netizen berilah sokongan, jangan dihentam, beri teguran dengan hikmah jangan menghina sewenangnya. - mstar