Rabu, Ogos 24, 2016

Akhirnya Azizulhasni Dan Ahmad Razif Bersemuka!



Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman dan atlet berbasikal negara Azizulhasni Awang telah bersemuka dan isu yang digembar-gemburkan tentang bantuan basikal telah diselesaikan secara baik.

Kedua-duanya mengadakan pertemuan malam tadi dan mengambil pendekatan positif dengan merancang pelbagai perkara demi kebaikan kerajaan negeri serta pembangunan sukan di negeri ini.

Ahmad Razif yang dihubungi Bernama di sini, Selasa berkata, beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar permasalahan yang berlaku akibat salah faham dan bersyukur kerana isu tersebut telah selesai.


"Syukur Alhamdulillah, semuanya selesai," katanya.