Ahad, Ogos 21, 2016

Akan Datang Drama Mariam Alisa; Lestary TV3



Mariam Alisa merupakan sebuah lagi karya terbaharu yang akan ditayangkan di TV3 dalam Slot Lestary.

Kisah penjual nasi lemak yang terperangkap dalam cinta tuga segi ini dilakonkan oleh Elvina, Ben Amir, Haris Zainuddin dan Amirul Faqeem.

Salah seorang pelakon lelaki yang berlakon dalam cerita ni yang Muz rasa boleh pergi jauh ialah Amirul Faqeem yang bakatnya dicungkil menerusi DFKL. Sama seperti masa Raja Afiq mula-mula berlakon jadi pelakon sokongan dulu lepas DFKL.

Instinct Muz ni selalu betul juga, sebelum ni masa mula-mula tengok lakonan Saharul Ridzwan dalam telefilem Raya, Muz rasa dia ada harapan dan boleh pergi jauh, dan hari ini memang ternyata kan? 

Percayalah, Muz bukan Pak Nujum Belalalng!