Selasa, Ogos 30, 2016

Akan Datang Drama Adaptasi Novel Mr Donat Karamel; Lestary TV3



Nantikan drama rantaian adaptasi novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra yang akan mengisi slot Lestary TV3. Diterajui oleh Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd arahan sutradara Azman Yahya. Drama bersiri 13 episod itu dijadualkan tayangannya pada bulan Oktober depan.