Jumaat, Ogos 19, 2016

Aidil Zafuan Kritik Tulisan Akhbar Tentang Kekalahan Beregu Campuran Di Final Olimpik Rio



Menang kalah dalam pertandingan atau sukan perkara biasa. Yang penting adalah usaha. Kalau kalah awal-awal lagi wajarlah andai dikritik.

Namun, jika sudah berusaha sehingga jejak ke final, dan ditakdirkan tewas kepada lawan yang lebih hebat sepatutnya pasangan beregu campuran badminton negara Peng Soon dan Liu Ying sepatutnya mendapat tulisan headline yang lebih positif.

Dalam hal ini, Muz sependapat dengan Aidil.

Sekadar pendapat saya sebagai ahli sukan dan rakyat Malaysia. Kadang-kadang artikel mcm ni la yg menjatuhkan semangat kesukanan kepada athlete Malaysia. Org mcm ni la yg tak reti bersyukur dan berterima kasih kepada athlete yg telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia. Ini lah dikatakan pengorbanan. Org ini hanya pandai menulis utk melariskan akhbar mereka sahaja tetapi tidak tahu pengorbanan dan usaha mereka. Saya salah seorg dari berjuta rakyat Malaysia sedikit pun tidak berasa hampa malah berasa bangga dengan pencapaian mereka – tahniah Peng Soon & Liu Ying anda tetap wira kami.