Selasa, Julai 26, 2016

Yana Samsudin Selamat Lahirkan Bayi Lelaki



Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan bayi lelaki pada Khamis lalu.

Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Fadzil Zahari menerusi akaun Instagram miliknya menerusi sekeping gambar dia sedang mendukung bayi pertama mereka itu.


"Bismillahiramanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya Yana Samsudin selamat melahirkan seorang baby boy (bayi lelaki) pada 21 Julai 2016," katanya menerusi kapsyen gambar berkenaan.

Tahniah, diucapkan kepada Yana Samsudin, Fadzil Zahari dan seluruh ahli keluarga! - mstar online