Jumaat, Julai 29, 2016

Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Bergilir Jaga Anak



Lama tak dengar khabar pelakon wanita cantik manis Vanidah Imran atau mesra disapa Vee bersama suaminya pelakon Rashidi Ishak. Khabar berita tentang pasangan ini juga jarang-jarang tersiar dalam media cetak mahupun portal dan blog hiburan tempatan.

Terkini Vanidah akan muncul dalam filem baharu dengan judul Temuan Takdir.


Menyentuh mengenai kehidupan keluarga pula, Vanidah Imran atau lebih mesra disapa dengan nama Vee, berkata, sesibuk manapun dia dan suami, Rashidi Ishak bergilir-gilir menjaga anak demi masa depan anak-anak terjamin.

“Bila saya bekerja yakni terlibat dengan penggambaran di luar mahupun bekerja untuk komersial, sebenarnya saya sedang berkorban masa untuk anak-anak saya. Jadi ada waktunya saya ataupun suami sendiri yang akan bertukar tempat jaga anak-anak.

“Anak-anak sekarang masing-masing bakal menduduki ujian, jadi saya akan ambil masa untuk fokus terhadap mereka,” ujarnya yang bakal menyambung pengajian dalam bidang Sarjana pula. - Media Hiburan