Jumaat, Julai 22, 2016

Tak Kisah Kahwin Tiga; Suami Adira Mengaku Mahu Kenal Lebih Rapat Dengan Ruhainies


- Editing sekadar hiburan tidak bermaksud tersirat -

Kecoh video mesra Datuk Red, suami kepada penyanyi Adira yang memeluk pinggang pelakon baharu Ruhaines tersebar di media sosial hari ini. 

Mstar Online ada menyiarkan berita ini secara panjang lebar. Masing-masing baik Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menafikan kewujudan video tersebut adalah disengajakan.

Ruhainies mendakwa lelaki yang menjadikan Adira sebagai isteri kedua itu telah memerangkap dirinya. Malah lebih serius, Ruhainies juga beranggap bahawa Adnan telah mengupah orang untuk merakam dan menyebarkan video tersebut bagi tujuan tertentu.

Datuk Adnan pula menafikan tuduhan Ruhainies. Tetapi yang menarik adalah lelaki ini mengaku mahu mengenali Ruhainies dengan lebih rapat.


Kata Adnan, dia tidak menolak mempunyai niat untuk berkawan lebih rapat dengan pelakon wanita itu.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkahwin buat kali ketiga jika ada jodoh.

"Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi.

"Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut 'angin' dia dahulu," ujarnya.