Sabtu, Julai 02, 2016

Siti Nurhaliza Perjelas Kritikan Berniqab Di Mekah



Umum mengetahui Siti Nurhaliza kini berada di Tanah Suci, mengerjakan ibadah pada bulan Ramadan ini. 

Berkongsi gambar-gambar yang diambil dari sana dan dimuat naik ke dalam laman akaun sosial Instagram milik peribadinya juga mengundang kritikan yang pelbagai.

Salah satu komennya adalah mempersoalkan Siti Nurhaliza yang mengenakan niqab ketika berada di Tanah Suci.


Nak, tahu apa jawaban TokTi, nah baca sendiri di bawah!


Kalau bagi pandangan Muz lah kan, tak kisah siapapun dia, artis atau menteri, anak raja atau orang biasa, kalau dah berada di Tanah Suci, umpamanya mengerjakan ibadah Umrah dan sebagainya, dalam dua minggu tu, tak payah langsunglah log in laman sosial dan kongsi apa-apa cerita sekalipun.

Kurang-kurang dosa sendiri pun dapat elak, dosa orang lain pun dapat juga dielakkan.