Ahad, Julai 10, 2016

Sinopsis Telefilem Sehelai Songket Berbunga Penuh; TV3



SINOPSIS SEHELAI SONGKET BERBUNGA PENUH



Haikal bekerja di bandar. Dia datang dari keluarga yang sederhana. Pada hari Raya tahun ini, dia berhajat untuk menghadiahkan bapanya, Fadil, sehelai sampin songket kerana selama ini Fadil tidak pernah memiliki walaupun sehelai. Haikal mengajak rakan serumahnya, Johan, untuk menemaninya mencari songket. Mereka berurusan dengan Farah, pembantu di gedung kain tersebut yang merupakan bekas kekasih Haikal. Namun, perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Johan. Johan yang mula jatuh hati dan keluar bersama Farah akhirnya mendapat tahu tentang kisah silam mereka. Hubungan rapat mereka mula renggang sehingga terjadi sebuah insiden yang menyebabkan Johan menyesal.