Isnin, Julai 18, 2016

Sinopsis Telefilem Jubah Untuk Airin; RTM TV1




Hidup Airin berubah di mana beliau mula keliru. Ianya tidak mudah seperti yang disangka kerana beliau perlu menempuh banyak cabaran dan rintangan. Dugaan yang paling hebat apabila dia perlu berdepan dengan dirinya sendiri untuk berubah demi mencapai impiannya.

Airin terserempak beberapa kali dengan Fahri secara kebetulan. Airin mula menolak beberapa tawaran pertunjukan model dan ini membuatkan Melisa marah. Airin menghadiri kelas agama kendalian Fahri dan menjadi model muslimah untuk butik milik Nusaibah, adik Fahri.

Melisa merancang bersama Ihsan untuk mengambil alih syarikat dan mensabotaj imej Airin serta mengupah Anuar untuk menculik Airin. Pak Seman yang merupakan ayah Anuar terserempak dengan tempat Airin disembunyikan oleh Anuar di kampungnya bertindak menghubungi polis dan mereka semua telah diberkas. Fahri mengambil keputusan untuk melamar Airin.

Lakonan Ungku Ismail, Siti Elizad, Uqasha Senrose, Ammar Titan dan Mubarak Majid. Telemovie ini terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd dan arahan Mohd Al-Bakari Harith.