Ahad, Julai 10, 2016

Sinopsis Telefilem Cinta 11 Syarat Raya (Astro Prima)



SINOPSIS CINTA 11 SYARAT RAYA

Mengisahkan Haziq yang mula mengabaikan Rasya kerana sibuk dengan tugasan tesisnya sehingga Rasya terasa hati. Haziq yang mengambil kursus perniagaan separuh masa tidak perasan yang dia mula mengabaikan Rasya. Haziq berjanji dengan Rasya yang dia akan pulang ke kampong sehari sebelum raya namun dia telah terperangkap di rumah sendiri apabila Rasya terbawa telefon dan kunci rumah pulang ke kampong. Pelbagai usaha Haziq lakukan untuk melepaskan diri dari rumah sendiri namun tidak berhasil. Rasya yang sedih mula termakan hasutan Jaslene dan mula syak Haziq ada hubungan dengan Malini. Rasya yang tersedar Haziq terperangkap di rumah, berpatah semula pulang ke rumah dan naik angin apabila melihat nama Malina di dalam buku pelawat. Akhirnya mereka berdamai setelah Haziq menjelaskan segalanya. Mereka terpaksa berhari raya di rumah mereka.