Jumaat, Julai 08, 2016

Sinopsis Telefilem Cik Cinderella & Encik Tengku Raya (TV3)



SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU RAYA



Sambungan daripada drama siri Cik Cinderella & Encik Tengku. Puteri merancang untuk meraikan Hari Raya di rumah nenek dan Mak Ngah bersama anak sulungnya, Daniel. Seminggu sebelum Raya, ibu tiri baharu Puteri telah disahkan mengandung. Kebetulan ayah Puteri berada di luar negara atas urusan perniagaan. Puteri merasakan sesuatu tidak kena dan beranggapan Daniel menyembunyikan sesuatu daripadanya. Hakikatnya, Daniel dinaikkan pangkat dan terpaksa ke luar negara. Dia terpaksa menyembunyikan dulu berita tersebut daripada pengetahuan Puteri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Masa kian suntuk, ibu tiri Puteri sudah sarat dan bakal melahirkan bayi dan ayah Puteri masih belum pulang.