Selasa, Julai 05, 2016

Sinopsis Telefilem Aisha Dan Projek Dapur Ramadan; Skrin Di 9, TV9



SINOPSIS AISHA DAN PROJEK DAPUR RAMADAN



 Dalam bulan Ramadan, Aisha menyertai sebuah projek khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh syarikat untuk menyediakan makanan kepada gelandangan untuk berbuka puasa. Pada asalnya dia berniat untuk menyertainya kerana ingin bercuti. Namun setelah bertemu Aiman, seorang kanak-kanak 10 tahun yang terpaksa bekerja demi menyara ibunya yang sakit serta 5 adik beradiknya, Aisha bertukar fikiran dan menjadi ikhlas dalam mengerjakan tugasannya.

Saksikan telefilem terbaru terbitan Mache All Star United Sdn Bhd berjudul Aishah & Projek Dapur Ramadan. Telefilem arahan Khalid Nazri itu dibintangi oleh Zahirah MacWilson, Johan A’Asari, Anis Al Idrus dan Muntazar Ghufran. Akan disiarkan pada 9 pada 4 julai 2016 (Isnin) pukul 8.30 malam di TV9.