Selasa, Julai 05, 2016

Sinopsis Drama Rumi & Jawi; Astro Prima/Maya HD



Drama terbaru karya Erma Fatima berjudul Rumi & Jawi akan disiarkan pada bulan Ramadan ini di saluran Astro. Sebuah drama terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd arahan Ghaz Abu Bakar dan Pali Yahya. Pelakon utama dibintangi oleh Remy Ishak dan Nur Fathia. Turut menampilkan pelakon-popular tanah air seperti Erra Fazira, Saharul Ridzwan, Nora Danish, Juliana Evans, Nadia Brian, Niezam Zaidi dan ramai lagi. Drama bersiri Rumi dan Jawi akan ditayangkan bermula 4 Julai 2016, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.



SINOPSIS RUMI DAN JAWI

Lahir Islam belum menjanjikan mati sebagai Islam. Manusia makin keliru antara hukum dan adab, akidah dan kepercayaan. Apatah lagi bila merasakan ilmu tebal didada. Makanya mulalah dia mengambil tugas Tuhan iaitu hukum dan hukum. Semuanya bermula bila Rumi pulang dengan Masternya iaitu Master Akidah dan Filosofi. Berpegang pada hukum, Rumi ingin merubah hidup keluarganya.