Isnin, Julai 18, 2016

Sinopsis Drama Marhaban Kome Oi; Iris TV3




SINOPSIS MARHABAN KOME OI

Kampung Seri Selasih mempunyai kumpulan marhaban bernama Wardah yang dianggotai oleh lapan wanita yang komited terhadap aktiviti marhaban dan sering mendapat undangan marhaban di serata kampung. Pelbagai karakter dan karenah ahli-ahli marhaban ini yang sering menimbulkan pelbagai insiden lucu dan mencuit hati. Ada yang gedik, sering mencari wajah kacak ketika bermarhaban. Dan ada yang menjalani pembedahan mata dan terpaksa memakai cermin mata hitam sepanjang marhaban, dan ada yang merasakan dirinya seolah-olah seorang selebriti serta ada yang melatah sehingga terbongkar rahsia perniagaan bahulunya dan pelbagai karenah lain yang mencuit hati.