Ahad, Julai 10, 2016

Persiapan Aidilfitri Ala Kadar; Siti Nordiana Mahu Adakan Rumah Terbuka


"Saya masih ingat seronoknya mendapat duit raya hingga RM1,000 ketika kanak-kanak" Itu merupakan pengalaman paling menyeronokkan buat juara Gegar Vaganza Musim Kedua, Siti Nordiana apabila ditanyakan tentang pengalaman berharga menyambut Aidilfitri ketika meniti usia kanak-kanak.


Tahun ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya. Jika tahun lepas saya sibuk berniaga, tahun ini pula terikat dengan komitmen karier seperti berlakon dan menyanyi. Persiapan juga ala kadar kerana jadual kerja terlalu padat. Saya juga lebih mementingkan persiapan keluarga berbanding diri sendiri pada tahun ini.

Sudah tentu pene­rimaan peminat yang semakin positif. Ada yang ingin datang beraya, sekali gus mengimbau semula apa yang pernah alami ketika tahun 1990-an dahulu. Alhamdulillah, tawaran juga semakin mencurah-curah. Saya bercadang untuk mengadakan rumah terbuka di kediaman orang tua di Sendayan, Negeri Sembilan penghujung Syawal ini.

-Kosmo!