Jumaat, Julai 15, 2016

Norman Hakim Terasa Berdosa Bandingkan Memey Suhaiza Dengan Abby Abadi



Norman Hakim mengakui punya banyak kelemahan. Malah, aktor berbadan sasa itu turut meletakkan kegagalan rumah tangga pertama yang berlaku dalam sejarah hidupnya pada tampuk bahunya.

Gagal mengepalai rumah tangga pertama yang hancur di tengah jalan bersama selebriti Abby Abadi, Norman Hakim mengambil iktibar dan penyelesaian. Menurut pemilik pusat kesihatan Mr. Sado Gym & Fitness ini juga turtu berjumpa mereka yang pernah melalui situasi serupa dan mengambil pengajaran apa-apa yang baik untuk dijadikan sebagai ikutan.

Tambah Norman lagi, selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua juga dia juga tidak pernah mahu membuat perbandingan antara bekas isteri terdahulu dan isterinya kini, yang juga seorang selebriti popular, Memey Suhaiza.

Norman Hakim berkata, setiap kali terlintas fikiran sebegitu rupa dia akan mencantasnya kerana terasa berdosa untuk membuat perbandingan seperti itu.


Perkongsian pengalaman hidup ini terakam dalam rancangan Wanita Hari Ini siaran 15 Julai 2016, di TV3. Bagi mereka yang terlepas boleh menontonnya di tonton. Selain Norman Hakim, selebriti Raja Azura atau mesra dengan sapaan Kak Engku juga menjadi tetamu bagi program berkenaan yang membawakan tajuk “Jodoh Terhalang Kerana Bekas Pasangan”.