Sabtu, Julai 02, 2016

Netizen Gelar Norman Hakim Perfect Papa! Ucapan Birthday Buat Anak Bikin Ramai Syahdu!



Norman Hakim yang mula popular dengan filem Pasrah sehinggalah pada hari ini namanya tetap meniti dan dikenali ramai meskipun sudah tidak serancak dahulu kelibat dirinya baik di kaca TV mahupun layar lebar.

Hari ini 2 Julai 2016, merupakan ulang tahun ke-11, hari kelahiran puteri sulung aktor berbadan sasa itu, Marissa Dania Hakim. Anak sulung Norman Hakim yang cantik manis itu terdahulu pernah menggemparkan seisi persada seni tanah aiar, apabila kelahirannya disambut sendiri oleh Norman Hakim di dalam kereta.


Mengingati kembali detik 11 tahun lepas, ketika mana Norman Hakim masih lagi bergelar suami kepada selebriti Abby Abadi, hari ini pelakon yang semakin matang mengemudi kehidupan berkeluarganya itu tampil mencoret panjang dalam laman sosial Instagram miliknya dalam menzahirkan dedikasi ucap selamat kepada puteri kesayangannya itu.

HARI INI DALAM SEJARAH..11 tahun yang lepas (2005) pada tarikh hari ni (2 Julai),lahirlah seorang Hamba Allah kat dalam kereta (yang kat belakang tu).Sebelum nak sampai ke klinik,adik (panggilan manja keluarga) dah meronta bagai nak rak tak sabar nak keluar dari perut mama.Nasib baik papa cepat sambut,kalau tak kepala adik dah nak terantuk dah kat dashboard! Perkara pertama yg papa & mama perasan adalah hidung adik yg mancung seludang.Keluar2 je mata dah terkelip-kelip pandang kiri kanan atas bawah,lepas tu agaknya adik baru perasan yang adik ni baby,baru la adik nangis sama mcm baby2 lain kat dalam dunia ni yang baru lahir.Tup tap masa berlalu dan hari ni adik dah nak sama tinggi dah dengan kereta tu . . Papa takkan lupa in shaa allah sampai Jannah momen tangan papa ni sambut lahir adik dalam kereta & mcmana mama berjuang separuh nyawa nak lahirkan adik.Walau adik dah duduk asrama,walau sibuk manapun urusan duniawi & ukhrawi papa,papa nak adik tahu yg doa papa pd adik sesekali tak pernah putus dalam tahajjud papa.Adik perlukan doa papa utk kehidupan & kejayaan di dunia dan papa perlukan doa adik utk kehidupan & kejayaan di barzakh nanti . . SANAH HELWAH puteri cantik papa hadiah pinjaman dari Allah adik @marissa_dania_hakim yang ke-11 tahun.In shaa allah doa kami papa,mama @abby_abadi112 ,mummy @memeysuhaiza ,abah @jaiezzany dan adik beradik yg lain @danishhakim_243 , @maria_danisha_hakim #MuhammadDarwiszHakim #MuhammadDikhrizHakim akan sentiasa mengiringi perjalanan adik ketika ini untuk bergelar 'Hafizah'.Semoga Allah s.w.t mempermudahkan hafazan & perjuangan adik dijalan Allah.Allah & para malaikat...tolonglah jagakan dia untukku...Aamiin YRA . . Love...PAPA.
A photo posted by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Syahdu bukan? Ramai juga followers Instagram Norman Hakim yang memujinya sebagai seorang papa yang perfect!


Apapun, Muz doakan Norman Hakim dan sekeluarga sentiasa dilimpahi kebahagiaan. Happy Birthday untuk si cantik manis, Marissa Dania Hakim!

1 Komentar:

Write Komentar