Rabu, Julai 13, 2016

Lepas Mitsubishi Triton Kena Kebas; Remy Ishak Selesa Naik LRT



“Saya bukannya gila hendakkan peminat datang kepada saya dan bergambar. Saya cuma berasa selesa menaiki kenderaan awam seperti LRT. Begitupun saya mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan diri saya tidak dikenali ramai. Tetapi, kalau peminat perasan, saya selalu meletakkan jari di mulut sebagai tanda untuk meminta dia agar tidak bercakap.

“Kemudian saya akan ke tempat peminat berkenaan dan ‘berselfie’ bersamanya. Namun begitu, saya tidaklah selalu menaiki kenderaan awam. Kadang kala ada juga rakan atau pengurus yang menumpangkan saya ke sesuatu lokasi,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai sikapnya yang terbuka untuk memilih menggunakan kenderaan awam.

Untuk rekod Mac lalu Remy Ishak kecurian kereta Mitsubishi Triton milik Remy telah dilarikan di Seri Kembangan. Dan pelakon berkenaan masih belum bersedia membeli kereta baharu.