Selasa, Julai 12, 2016

Kontroversi Aidilfitri Raja Ilya Tanpa Berbaju Raya!




"Kami sudah berbincang dan meminta maaf tidak dapat menyiapkan baju tersebut lebih awal, tapi kami berjanji untuk hantar tiga helai baju tempahannya pada subuh Hari Raya pertama itu supaya mereka sempat memakainya.

"Namun begitu, ketika sampai di kediaman aktres itu, kami tidak dapat memberi baju-baju tersebut kerana tiada sebarang pembayaran daripada pihak dia dan keluarganya," ujarnya.


Itu kenyataan Pemilik Ann Khan Exclusive, Noorain Khan menjelaskan bahawa tiga helai baju raya tempahan aktres Raja Ilya tidak diserahkan kepada pelakon itu berikutan tiada sebarang pembayaran ketika dihubungi mstar online.



Terdahulu, Raja Ilya kecewa apabila pereka fesyen berkenaan gagal menyiapkan baju yang ditempahnya pada waktu ditetapkan, malah tidak menyerahkan baju tersebut kepada keluarga selepas dihantar ke rumahnya awal pagi raya.

Dia juga berang apabila pihak berkenaan mengambil gambar ibunya bersama pakaian tersebut dengan tujuan tertentu.

Tambahnya, konflik tersebut bermula apabila pihaknya bertanya tantang bayaran tiga pasang baju tersebut berjumlah lebih RM1000 yang dikatakan sudah dilakukan.



"Pada mulanya dia setuju untuk kami hantar semua baju itu pada subuh Hari Raya pertama, manakala bajunya yang kami ingin beri percuma itu diserahkan pada tiga Hari Raya ketika dia sudah berada di Malaysia.

"Selepas itu, dia beritahu bahawa sudah membuat bayaran penuh untuk tiga baju berkenaan, namun bila periksa akaun, tiada sebarang transaksi pembayaran yang kami terima.

"Kami cuma bertanya secara baik, tapi kemudian dia terus melenting dan viralkan perkara ini di laman sosialnya," ujarnya.