Selasa, Julai 26, 2016

Kakak Emma Maembong Dan Anak Lelaki Chef Wan Sah Bercerai!



Kalender seni Syawal 1437 ini  terus panas dengan pelbagai kisah panas selebriti tempatan. Lepas isu Adi Putra kahwin lain, suami Adira keluar bersama pelakon baharu Ruhainies, muncul lagi satu perihal rumah tangga selebriti tempatan.

Kali ini melibatkan anak lelaki chef terkenal tanah air, Chef Wan, iaitu Chef Riz. Chef Riz yang bernikah dengan kakak pelakan Emma Maembong, iaitu Shikin Maembong dilaporkan bukan lagi suami isteri atau lebih tepat sah bercerai.

Shikin Maembong  telah mengesahkan bahawa beliau dan suami, Chef Riz telah berpisah sejak Jun lalu, dan menganggap tiada jodoh diantara mereka.

“Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri. Sebab apa bercerai, biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh. Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna masih memerlukan ibu dan bapanya didalam hidupnya” 

Perceraian ini adalah yang pertama buat Shikin Maembong dan kedua buat Chef Riz yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon wanita yang dikenali ramai. - Rotikaya