Khamis, Julai 28, 2016

Kakak Adira Hampir Putus Telinga Ditetak Perompak



Dugaan sungguh Syawal tahun ini buat penyanyi putih melepak, Adira. Belum reda perihal suaminya dengan seorang pelakon baharu, timbul pula perihal kakaknya, Emma Suhaimi.


Melalui Facebook penyanyi Keroz Nazri, dia menyatakan bahawa kediaman kakak kepada penyanyi Adira iaitu Emma Suhaimi telah dimasuki perompak bersenjatakan parang.  

Dalam kejadian tersebut, Emma difahamkan telah ditetak di kepala dan beberapa bahagian badan hingga menyebabkan telinganya hampir putus.  Malah, wajahnya turut diterajang oleh perompak tersebut.  

Emma sudah mendapat rawatan di Hospital Queen Elisabeth 1 Kota Kinabalu, Sabah dan keadaannya stabil.  - Media Hiburan