Sabtu, Julai 23, 2016

Kabali; Norman Hakim Pak Pacak, Rosyam Nor Gangster Celup!


Baca tajuk entry, mahu angin peminat setia Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim! Hahaha. Baru saja lepas tengok Kabali! Dah berbelas-belas tahun tak masuk panggung tengok cerita Tamil. Dan yang pertama kali itu, filem lakonan Rajnikanth juga dengan judul Arunachalam. Kali ini masih lagi filem lakonan Super Star Rajnikanth, dengan judul Kabali.


Dalam beberapa orang juga pelakon dari Malaysia yang Muz kenal rupa yang ada dalam tayangan Kabali dengan durasi hampir 2 jam 30 minit ini. 

Yang paling digembar-gemburkan media tempatan tentu sahaja Rosyam Nor dan Norman Hakim. Rosyam tampil sebagai antara orang penting kumpulan gangster. Paling penting adalah juga dialog yang keluar daripada mulut Rosyam. Ada juga adegan fighting.

Tapi kalau Norman Hakim, Zack Taipan dan beberapa nama lagi, sekadar angguk, berdiri, buka-buka mulut serupa cakap miming, tengok kiri kanan, pegang senjata, tolong buka pintu kereta. Setakat tu sajalah, level pelakon dari Malaysia yang diletakkan dalam filem Kabali ini.

Honestly, Muz kecewa dengan Kabali. Sebab apa? Tunggu full review esok!