Isnin, Julai 25, 2016

Hafidz Roshdi Lari Dari Penganjur Sebab Takut Kena Marah



Seorang pelakon lelaki yang tidak menghadirkan diri sebuah karnival baru-baru ini bertindak mendiamkan diri biarpun kesalahan berpihak kepadanya. Pelakon Hafidz Roshdi mengakui kesilapannya dalam program Melodi siaran TV3.

Hafidz Roshdi mendakwa terlepas penerbangan, dan gagal mendapatkan penerbangan lain bagi menghadiri karnival tersebut. Namun, dia bertindak mendiamkan diri dengan alasan takut dimarah.

Sehingga wartawan hiburan Melodi ini mencarinya dan meminta penjelasan, Hafidz Roshdi masih belum menghubungi pihak penganjur untuk memohon maaf atau menjelaskan duduk letak perkara yang sebenar.


Bagaimanapun, pelakon lelaki yang sudahpun mendirikan rumah tangga itu secara terbuka memohon maaf kepada penganjur dan peminat yang telahpun datang ke karnival tersebut semata-mata untuk bertemu dengannya.