Ahad, Julai 10, 2016

Che Ta Suka Zain Saidin Pakai Baju Melayu Ketat!



Trend zaman sekarang bukan kaum wanita sahaja yang nak pakai baju melekat pada badan. Orang lelaki pun sama naik. Tak ketinggalan musim raya ni, baju Melayu pun nak slim fit. Ada tu sampai dah jadi sarung nangka. Silap hari bulan nak buat solat pun boleh semput jadinya masa nak rukuk dan sujud.

Jom kita baca penjelasan Zain Saidin tentang kehadiran Baju Melayu Zain Saidin yang fit terletak di badan!

“Che Ta, dia suka saya pakai baju yang betul-betul muat badan dan fit. Jadi saya keluarkan koleksi pakaian raya yang mana rekaan baju melayu betul-betul mengikut saiz badan. Pendek kata, baju koleksi saya ini lebih sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai badan yang sado”

“Tapi bagi mereka yang badan tak berapa sado dan suka pakai, boleh ambil saiz yang lebih besar sikit. Saya buat baju ni untuk saya pakai, tapai kalau ada yang nak beli, saya jual," katanya seperti yang dipetik dari Malaysian Digest.

1 Komentar:

Write Komentar
Afif Rayyan
AUTHOR
12/7/16 6:22 PTG delete

Untunglah badan sado.. huhu

Reply
avatar