Ahad, Julai 31, 2016

Bayi Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia



Pelakon Nadiya Nisaa kerana telah kehilangan cahaya mata kedua yang masih dikandungnya. Anaknya itu disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre, di sini hari ini.

Menurut laporan Utusan Online, suami Nadia, Saiful Razman Kasim, menyatakan bahawa jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak.

Takziah diucapkan kepada pelakon yang pernah popular menerusi drama adaptasi novel Adam & Hawa ini.