Sabtu, Julai 30, 2016

Anggota Polis Mati Tertembak Di Balai



Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut terkena tembakan daripada senjata yang sedang dibersihkan oleh rakan setugasnya di Stor Senjata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi, Abu Samah Abu Hassan, 57, me­ngalami kecederaan parah di kepala akibat terkena satu das tembakan sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada pukul 3.45 petang.

“Ketika itu, mangsa yang dalam pakaian seragam sedang memeriksa enjin kereta sebuah kenderaan MPV di luar stor senjata rebah dan pengsan akibat terkena tembakan,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo!