Sabtu, Julai 30, 2016

Amyra Rosli Buat Hidup Amar Lebih Indah



Amar Baharin dan Amyra Rosli telahpun selamat mengikat tali pertunangan. Bercakap kepada media, Amar Baharin berkongsi rasa hati.

“Tak dinafikan kehadirannya membuatkan saya kembali bersemangat. Hari-hari yang dilalui bersama mengukuhkan lagi ikatan cinta kami berdua. Hidup saya berasa kosong tanpanya. Seboleh-bolehnya saya mahu dia sentiasa berada di sisi saya sepanjang masa. Alhamdulillah, selepas apa yang dirancang selama ini, kini akhirnya kisah dua hati ini sudah bersatu”

“Selepas mengenali Amyra saya berasakan dia sangat istimewa. Ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan saya tertarik untuk terus berkawan. Sejak itu saya perlahan-lahan mencuba untuk mengenali hati budinya sehingga terbit rasa cinta. Ditambah pula kami berada dalam satu pengurusan sama membuatkan hubungan itu lebih rapat,” katanya kepada Harian Metro.