Sabtu, Julai 30, 2016

Akim Ahmad Teringin Anak



Pasangan penyanyi popular yang baru sahaja enam bulan berumah tangga iaitu Akim Ahmad dan Stacy, masing-masing memberitahu sudah bersedia untuk menimang cahaya mata andai dikurniakan awal.

"Bagi saya di usia muda ini sangat cantik untuk menimang cahaya mata. Namun kita kena akur dengan ketentuan takdir Allah, rezeki dia yang berikan. Jadi, saya dan Stacy tidak mahu terlalu berharap, tambah pula jadual kami padat," ujar Akim yang kini berusia 25 tahun. - Media Hiburan