Selasa, Julai 26, 2016

Adi Putra Minta Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Tinggalkan Sidang Media



Sidang media penjelasan perkahwinan kedua aktor Adi Putra kecoh dengan soalan yang diajukan bekas adik ipar kepada isteri kedua Adi Putra itu dalam sidang media berkenaan.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Ilyana, 25, bangun bertanyakan soalan tindakan Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Adi bagaimanapun tenang mendengar soalan daripada wanita berkenaan namun memberikan jawapan kurang jelas terhadap tindakannya itu.


Sementara itu, Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.

Bagaimanapun Adi meminta pihak media tidak meneruskan temubual bersama Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah sebelum memintanya meninggalkan majlis.

1 Komentar:

Write Komentar