Ahad, Julai 17, 2016

Adi Putra Kahwin Lain; Peminat Jadi Mangsa?


Tak fasal-fasal peminat jadi mangsa. Itulah natijah yang terpaksa ditelan peminat pelakon Adi Putra apabila Majlis Sambutan Aidilfitri dan kelab peminat aktor berkenaan yang diberi nama Hotlovers dibatalkan pada saat-saat akhir menerusi makluman ringkas malam semalam melalui akaun Instagram miliknya.

Tindakan itu dikatakan berpunca daripada berita perkahwinan keduanya secara rahsia bersama seorang janda anak satu tersebar dan viral di laman sosial semalam.


Majlis Aidifitri itu sepatutnya diadakan di Casa Ombak, Ampang dan yuran sebanyak RM60 dikenakan.

Mungkin yuran itu boleh dipulangkan, tetapi kalau peminat yang datang itu dari jauh, yang dah tempah tiket flight, train, bas, hotel dan sebagainya, tak ke sia-sia sahaja?

Apapun, harapnya selesailah kontroversi melibatkan Adi Putra kali ini ya. Peminat pun harapnya lebih rasional jangan emosional seolah-olah dia pula yang dimadukan! Hehehe...

1 Komentar:

Write Komentar
Afif Rayyan
AUTHOR
18/7/16 4:58 PTG delete

Makin panas nama adi putra nie.. hmmm

Reply
avatar