Selasa, Julai 26, 2016

Adi Putra Kahwin Dua Bukan Sebab Zuriat Tetapi Anugerah!



Isnin lepas Adi Putra telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontroversi perkahiwinan keduanya!


Bercakap lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Adi berkata, ia bukan atas dasar perniagaan mahupun zuriat seperti diperkatakan sebalik dia menyifatkan ia sebagai anugerah.

Mengakui bukan mudah untuk berkahwin lebih daripada satu, Adi bagaimanapun menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.

"Orang boleh kata apa sahaja kerana saya tidak boleh halang tetapi perkahwinan ini bukan kerana perniagaan atau pun anak.

"Anak tidak pernah menjadi isu di antara saya dan isteri pertama (Aida) kerana ia bukan hak kami untuk menentukannya," ujarnya. - Mstar Online