Sabtu, Julai 30, 2016

56 Kereta Guru Kena Calar Di Sekolah



Sejumlah 56 buah kereta yang diletakkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini rosak akibat dicalar angkara perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 petang kelmarin dan kebanyakan kereta tersebut milik guru-guru yang menghadiri taklimat peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di sekolah berkenaan.

“Sebahagian kereta guru-guru itu terpaksa diletak di luar sekolah kerana tempat letak kereta dalam sekolah berkenaan tidak mencukupi,” kata beliau ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini semalam. - Kosmo!