Jumaat, Jun 17, 2016

Zain Saidin, Che Ta & Aaisyah, Raya Sakan Dengan 110 Pasang Baju!




Pelakon Zain Saidin berkata, dia sudah mempersiapkan pakaian Hari Raya pada tahun ini sebanyak 110 pasang untuk mereka tiga beranak.

Zain, 32, memberitahu, pakaian untuk dia dan isteri iaitu Rozita Che Wan setiap seorang ialah 30 pasang manakala anak mereka Aaisyah Dhia Rana pula sebanyak 50 pasang.

"Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya," katanya kepada mStar Online.



Tambah Zain, isterinya lebih teruja untuk mempersiapkan pakaian raya untuk anak mereka yang kini berusia dua tahun dan jumlahnya mungkin lebih daripada 50 pasang.

"Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti,” kata Zain.

1 Komentar:

Write Komentar
Afif Rayyan
AUTHOR
18/6/16 9:27 PTG delete

Pergghhh.. giler kentang pasangan nie....

Reply
avatar