Rabu, Jun 22, 2016

WhatsApp Group My Madu-Maduku Balasan Kepada Video Lelaki Surprise Girl Friend Naik Limousine



Lepas viral seorang lelaki surperise-kan girl friend dia naik limousine bagai dekat laman sosial. Muz pun ada jugalah stalk instagram laki tu. Dah tak ingat nama dia apa.

For sure, kalau yang tengok perempuan, akan cair macam mentega kena panah matahari. Mana tak, dalam banyak-banyak gambar dalam IG mamat tu, banyak juga orang perempuan komen dan tag pasangan lelaki masing-masing dengan ayat-ayat seperti di bawah:

... nak misai macam dia please!

... sayang, dada macam dia pleaseee... aummm!

Ayat kedua tu, bila baca sekali pun dah rasa, dah kenapa minah ni? Gatai tak tahan sangat kah? Hahaha,,,

Tup tap, jumpa pula video sharing di FB ni. Dalam pada pakat dok meroyan nak juga surprise masuk dalam limousine bagai. Pencipta video pendek perbualan WhatsApp ni memang hebat orangnya.

Kalau nak tahu tengok sendiri!


Apa yang boleh Muz cakap, dalam perhubungan ini ikutlah apa adanya ikut kemampuan diri. Yang sweet macam kes mamat dan minah limousine tu, tengok boleh, berangan janganlah, kalau tak mampu.

Kalau tak keinginan yang entah apa-apa alah tu, akan jadi titik tolak keretakan hubungan kalian. Kalau tak kahwin lagi mungkin break up. Kalau dah kahwin mungkin sampai cerai-berai, atau kalau husband dah bosan sangat dengan perangai bini yang asyik nak naik limousine je, jawabnya selamat datang dalam Grup My Madu-Maduku! Hahaha...