Jumaat, Jun 03, 2016

[Video] Ziana Zain Komen Soal Disanjung Tinggi Golongan 'Adik-Adik'


Ziana Zain adalah salah seorang penyanyi wanita yang cukup dihormati di negara ini. Bukan sahaja peramah dan kekal merendah diri meski sudah 26 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air, ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga merupakan antara selebriti tempatan yang jarang sekali terpalit dengan kontroversi negatif.

Bercakap kepada wartawan MH, apabila diajukan tentang persoalan dirinya yang tetap diminati oleh golongan 'adik-adik', jawaban yang diberikan Ziana ini sangat bernas selari dengan usianya sebagai wanita berusia 48 tahun, dan sebagai seorang penyanyi yang disegani ramai.



Apa komen akak apabila sepanjang 26 tahun menyanyi akak tetap disanjung tinggi oleh golongan 'adik-adik'?

Syukur Alhamdulillah. (Gelak) Mungkin kalau dulu orang tak pelik, tapi sekarang Kak Ziana dah berhijab, mungkin ada orang akan rasa pelik. Tapi for me I tak memilih because I ialah orang yang tak judge orang daripada luaran. I judge people from inside. For me, thaht inside is the most important; You ikhlas, bila ikhlas itu you nampak peminat you tu, walau apapun luaran mereka, kalau dia dah sayang kita, ikhlas... Kak Ziana, really appreciate them, sebab Kak Ziana selalu ingat pesan ibu, never judge people, never ever! See people through the heart. Dan Kak Ziana berterima kasih sebab walaupun mereka itu begitu, Kak Ziana jadi idol mereka, kerana pekerjaan Kak Ziana ini menyanyi, lagu-lagu yang Kak Ziana nyanyi kebanyakannya dapat menggembirakan hati mereka. Dan kebanyakan lagu-lagu itu ada kaitan dengan kehidupan mereka. Dan bila berkaitan dengan kehidupan mereka, ada yang datang berjumpa dengan Kak Ziana menyatakan lega apabila mendengar lagu-lagu tersebut. Itu satu rahmat bagi Kak Ziana.





1 Komentar:

Write Komentar
Afif Rayyan
AUTHOR
4/6/16 1:22 PG delete

Otai masih berbisa.. terbaik ziana zain

Reply
avatar