Khamis, Jun 09, 2016

[Video] Lauk Ikan Bazar Ramadan Penuh Ulat Ketika Berbuka Puasa


Seorang pengguna laman sosial FB yang menggunakan nama Alias Ismail berkongsi pengalaman meloyakan membeli dan menikmati juadah yang sudah berulat ketika berbuka puasa dari salah sebuah Bazar Ramadan.

Bukan sahaja gambar yang dikongsikannya menjadi viral, bahkan ulat yang bergerak-gerak pada tulang ikan yang dibelinya di salah sebuah Bazar Ramadan Kuala Nerang di Kedah itu dikongsi menerusi rakaman video sebagai bukti yang nyata.


Assalamualaikum kawan-kawan Facebook semua. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf andai video saya ini tidak menyenangkan mana-mana pihak. Motif viral saya pada video ini bukan nak menjatuhkan peniaga melayu di luar sana. Cuma sekadar perkongsian pengalaman saya sebagai seorang pembeli.

“Maksud pembeli di sini, saya membeli dengan wang, bukan saya ambil secara percuma. Bila sebut wang ini, saya sedikit terkilan dengan peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ini.
“Kenapa saya terkilan? Kawan-kawan semua boleh tengok sendiri video serta gambar yang saya kongsikan ini. Saya tak mahu cakap lebih-lebih. Apa yang saya tahu, taubat lahom saya takkan beli di tempat itu lagi


Menurutnya, sama sekali dia tidak menyangka akan ada ulat yang bersepah dalam ikan tersebut sementelahan separuh daripada ikan itu sudah ditelannya!

“Putus selera berbuka tadi. Ikan habis separuh, baru perasan ada ulat di tulang-tulang ikan itu. Kembang tekak,” katanya.