Sabtu, Jun 18, 2016

Sinopsis Telefilem Mek Klate; Cerekarama TV3



SINOPSIS MEK KLATE

Macam-macam ragam yang dilalui oleh Mek Tie, Mek Nor & Mek Yea ketika dalam bas menuju ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari wang bagi memenuhi impian mereka. Kepergian mereka dengan menaik bas ekspress telah menimbulkan kekecohan dengan barangan yang mereka bawa agak berlebihan. Lebih malang, apabila kotak yang mengandungi budu jatuh terhempas hingga aromanya mencetuskan hiruk pikuk dalam perjalanan. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila sahabat yang diharap untuk menumpang teduh gagal dihubungi, hingga terpaksa menyewa rumah tumpangan dan dihalau tatkala menumpang tidur di masjid. 

Saksikan telefilem komedi Mek Kelate pada hari Sabtu ini, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3. Gandingan tiga gadis comel Janna Nick, Kilafairy dan Tisha Shamsir.