Ahad, Jun 05, 2016

Sinopsis Telefilem Bidadari; Astro Citra/ Mustika HD



Pelakon Aiman Hakim Ridza dan Beto Kusyairy terperangkap dalam cinta tiga segi dengan aktres kelahiran Indonesia, Tya Arifin.

Kisah cinta mereka itu merupakan antara salah satu babak yang terkandung dalam telefilem Bidadari arahan pengarah tersohor Osman Ali yang bakal ditayangkan menerusi slot Karya 12.

Bidadari menggandingkan Aiman, Beto dan Tya yang terperangkap dalam rasa cinta. Karya ini merupakan sebuah kisah klasik seram yang berkisarkan mengenai percintaan antara tiga individu yang berada dalam dua alam yang sangat berbeza. 

Menampilkan latar masa 1960-an saksikan Bidadari arahan Osman Ali dalam slot Karya 12, malam ini (Ahad), jam 10.00 malam. Bidadari disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) dan Mustika HD (134).