Isnin, Jun 13, 2016

Sinopsis Telefilem Ayah Mentuaku; Skrin Di 9, TV9



SINOPSIS AYAH MENTUAKU 

Kisah Hakimi (Hafidz Roshdi) dan Nisa (Bella Dally) yang telah 5 tahun berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata. Ayah Hakimi, Tuan Haji (Faizal Hussein) sentiasa bertanyakan tentang cucu dan kurang suka pada Nisa kerana dia bekerja sebagai model. Tambahan lagi menuduh Nisa berketurunan mandul. Ini kerana kakak Nisa, Zana (Lisdawati) juga tidak mempunyai zuriat. Atas kesabaran, Zana dikurniakan rezeki menimang cahaya.

Saksikan telefilem Ayah Mentuaku lakonan Hafidz Roshdi, Bella Dally dan Faizal Hussein. Diarahkan oleh Nizam Zakaria dibawah terbitan ZK Creative Production Sdn Bhd. Ditayangkan pada hari Isnin ini, pukul 8.30 malam di TV9. Bagi yang terlepas boleh menontonnya di portal tonton.com.my