Isnin, Jun 06, 2016

Resipi Sotong Goreng Tomyam



Bahan-Bahan:

5-6 ekor sotong sederhana besar
1 labu bawang besar – mayang
1 inci halia – mayang
5 biji bawang putih – mayang
3 batang serai – ketuk
Tomato – belah 4
Lobak  – potong kecil panjang
Daun limau purut
Minyak masak
Cili api
Sos tiram
Kunyit
Garam

Cara Memasak:
  1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
  4. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi, masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kemudian masuk tomato dan lobak. Kacau lagi.
  5. Apabila sotong sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.