Rabu, Jun 08, 2016

Resipi Dendeng Daging Lembu



Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

Bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa

Bahan D 
Air rebusan daging


CARA-CARA PENYEDIAAN:
  1. Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan, angkat dan toskan minyak (bawang goreng ni, lagi banyak lagi sedap).
  3. Bahan A direbus sehingga daging lembut; tapi jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak. *Air rebusan jangan dibuang.
  4. Daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk guna lesung batu buat sampai habis.
  5. Goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jangan lama sangat sekejap je guna minyak goreng bawang tadi angkat dan toskan.
  6. Sekarang guna kuali yang sama cuma letakkan dalam 3 sudu besar minyak masak; tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai. Tumis hingga pecah minyak, tambah sedikit garam dan gula. Garam ni jangan banyak sangat nanti masin pula bila sejuk.
  7. Kemudian masukkan kicap manis tadi dan pes asam jawa dan masukkan juga bahan D dalam 5 senduk.. 
  8. Masukkan bahan A iaitu daging goreng tadi, kacau dan tutup dengan penutup biar air tersebut agak kering 
  9. Kemudian masukkan bahan B pula, kacau lagi. Kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit; Cuba rasa,  kalau tawar tambah garam.
  10. Siap untuk dihidangkan.



2 Komentar

Write Komentar
8/6/16 11:59 PG delete

bestnyaaaaaaaaaaaaaa

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
8/6/16 4:35 PTG delete

sedapnyaa..daging takde pulak

Reply
avatar